Share Now

Kuala Lumpur, Rabu, 29 September 2021 – Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV), sebuah inisiatif nasional yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat insurans dan pengendali takaful akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2021. Program PTV ini menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak,. Di bawah fasa pertama, baucar bantuan kewangan RM50 akan ditawarkan kepada 3.6 juta penerima di bawah kategori isi rumah, untuk pembelian atau penyertaan pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian. Inisiatif program baucar ini akan dibuka kepada penerima BPR kategori-kategorilain yang akan diumumkan oleh Kerajaan kelak.

Bermula 30 September 2021, penerima BPR di bawah kategori isi rumah boleh menyemak kelayakan mereka untuk menerima baucar RM50 tersebut melalui portal khas di www.myptv.my. Setelah mengesahkan kelayakan, penerima BPR disyorkan untuk melayari laman sesawang www.mycoverage.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Perlindungan Tenang yang ditawarkan. Seterusnya, penerima BPR boleh melayari ciri-ciri dan faedah produk di laman web syarikat insurans dan pengendali takaful dan membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sebagai alternatif, penerima BPR juga boleh ke mana-mana cawangan syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar Perlindungan Tenang yang sah untuk menyemak kelayakan mereka, serta membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang.

Program Perlindungan Tenang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017. Inisiatif ini membawa industri insurans dan takaful bersama untuk membangunkan produk perlindungan yang memenuhi keperluan khusus golongan-golongan masyarakat yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan, terutamanya populasi berpendapatan rendah. Produk Perlindungan Tenang merupakan pelan asas yang memberi perlindungan terhadap risiko utama kehidupan seperti kematian atau kejadian yang tidak diingini dan perlu mematuhi kriteria iaitu mampu-milik, mudah diakses oleh khalayak sasaran, memberikan nilai perlindungan yang baik, mudah difahami serta mudah untuk dibeli dan membuat tuntutan.

Kesemua produk Perlindungan Tenang memaparkan logo Perlindungan Tenang untuk memudahkan pelanggan mengenal pastinya berbanding produk insurans dan takaful lain. Di bawah Belanjawan 2021, dengan memanfaatkan produk yang ada ini, Kerajaan mengumumkan subsidi sebanyak RM50 untuk pembelian produk Perlindungan Tenang.

Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50 akan membolehkan penerima memilih pelbagai pelan perlindungan yang merangkumi kematian, kemalangan, kerosakan harta benda dan lain-lain. Contohnya, seorang penerima berusia 35 tahun akan mendapat faedah kematian sehingga RM20,000 untuk produk insurans hayat. Untuk Kemalangan Diri, penerima akan mendapat faedah kematian akibat kemalangan sehingga RM48,000.

“COVID-19 telah menekankan lagi pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40. Ini hanyalah langkah kecil ke arah reformasi keselamatan sosial, yang dilihat oleh Kerajaan dengan bersungguh-sungguh melalui Belanjawan 2022, dan sebagai komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat,” kata Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Elmie Aman Najas berkata, “Produk mikro-insurans dan mikro-takaful Perlindungan Tenang ini sangat sesuai dengan komuniti B40 kerana harga pelan perlindungan yang berpatutan serta pelan asas yang mudah difahami. Dalam persekitaran pasca-pandemik di mana rata-rata keluarga bergelut dengan masalah ketidaktentuan kewangan, pemberian RM50 baucar PTV sebagai bantuan kewangan untuk membeli atau menyertai insurans dan takaful membolehkan penerima BPR isi rumah mendapat manfaat perlindungan pada masa yang sangat mencabar.”

Sementara itu, Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Loh Guat Lan berkata Program PTV ini memberi kesan positif ke atas usaha mempromosi penyertaan kewangan di kalangan penerima BPR serta memberi insentif kepada lebih ramai rakyat Malaysia membeli perlindungan insurans dan takaful.

“Program ini sangat menarik, terutamanya kepada penerima BPR kerana kesemua pelan Perlindungan Tenang telah dibangunkan untuk memberi insentif kepada komuniti ini untuk membeli perlindungan insurans atau takaful. Produk ini juga sesuai bagi semua rakyat Malaysia yang masih belum mempunyai apa-apa pelan perlindungan. Bantuan yang diberikan oleh Kerajaan ini dianggap signifikan kerana secara tidak langsung, ia memperkasakan golongan penerima BPR untuk mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan perancangan kewangan di kalangan ahli keluarga,” Loh berkata.

Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia, Antony Lee berpendapat bahawa pandemik COVID-19 telah memberi gambaran sebenar jurang yang ada dalam sistem perlindungan sosial di Malaysia dan PTV adalah program yang tepat yang dimulakan oleh Kerajaan dalam memperluas dan memberikan perlindungan sosial untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat. Kerjasama yang signifikan ini mencerminkan komitmen industri dalam menyokong agenda nasional Kerajaan.
Program PTV ini juga merupakan antara usaha dan aspirasi industri insurans dan takaful untuk menyumbang ke arah agenda penyertaan kewangan negara dalam mencapai tahap penembusan insurans yang lebih tinggi dan daya tahan isi rumah di kalangan rakyat.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan, dengan kerjasama dan sokongan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) and Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Untuk maklumat lanjut mengenai Program PTV ini, sila rujuk kepada FAQ yang disediakan, atau layari www.myptv.my atau www.mycoverage.my , atau hubungi Pusat Panggilan PTV di talian 03 7723 9333 daripada jam 8.00 am to 6.00 pm, Isnin hingga Jumaat.

# END #

Dikeluarkan oleh : LIAM, MTA and PIAM

Media Contact:

LIAM:
Puan Norizan Hassan
Head of Corporate Communications
Persatuan Insurans Hayat Malaysia
Level 6, AICB Building
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26919168, 03-26916628, 03-26918068
Email: liaminfo@liam.org.my

MTA:

Puan Siti Nor Kamariah Ishak
Head, Corporate Communications
Persatuan Takaful Malaysia
21st Floor, Main Block
Menara Takaful Malaysia
Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2031 8160 Fax: +603-2031 8170
Email: mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my

PIAM:

(Ms) Siti Zubaidah Binti Zakaria
Senior Manager, Corporate Communications
Persatuan Insurans Am Malaysia 3rd Floor, Wisma PIAM,
150, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2274 7399 extn 25
Fax: +603-2274 5910
E-mail: Idazakaria@piam.org.my

ABOUT LIFE INSURANCE ASSOCIATION OF MALAYSIA (LIAM)
Formed in 1974, the Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) is a trade association registered under the Societies Act 1966. LIAM has a total of 16 members, of which 14 are life insurance companies and 2 life reinsurance companies. LIAM’s objectives are to promote a progressive life insurance industry; to enhance public understanding and appreciation for life insurance; to upgrade the image and professionalism of the life insurance industry and to support the regulatory authorities in developing a strong industry. More information on LIAM can be obtained from its website: www.liam.org.my

ABOUT MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION (MTA)

Malaysian Takaful Association (MTA) was established on November 2002 under the Societies Act 1966. It is a trade association representing all 18 licensed Takaful and Retakaful operators in the country. The objectives and the powers of MTA are to promote the interests of its members and to inculcate the implementation of self-regulation within the Takaful industry. More information on MTA can be obtained from its website: www.malaysiantakaful.com.my

ABOUT PERSATUAN INSURANS AM MALAYSIA (PIAM)

PIAM is the national trade association of all licensed direct and reinsurance companies for general insurance in Malaysia. Currently, PIAM has 25 member companies. More information on PIAM can be obtained from its website: www.piam.org.my