Read English version
Pemprofilan risiko adalah penilaian kemungkinan risiko yang hendak diinsuranskan akan berlaku dan kemungkinan tuntutan akan dibuat daripada risiko yang tersebut. Penilaian ini akan memberi petunjuk premium yang patut dikenakan oleh penanggung insurans untuk risiko itu.
Dalam insurans motor, pelbagai pembolehubah digunakan untuk penilaian risiko. Walaubagaimanapun, aplikasi setiap pembolehubah ini mungkin berbeza ke atas risiko yang diinsuranskan. Oleh itu, pembolehubah yang disenaraikan di bawah adalah subjektif dan berdasarkan kepada Garis Panduan Pengunderitan yang diguna pakai oleh penanggung insurans masing-masing.
Beberapa pembolehubah yang boleh digunakan oleh penanggung insurans dalam menilai profil risiko yang diinsuranskan adalah seperti berikut: –
- Umur kenderaan
Adalah ketara bahawa kenderaan yang lebih berusia akan tertakluk kepada susut nilai dan jarak tempuh penjalanan yang lebih tinggi. Ini bermakna kenderaan tersebut mungkin mengalami lebih kerosakan, pembaikpulihan yang kerap dan kegagalan bahagian-bahagian kenderaan yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kerosakan. - Umur pemandu
Hakikatnya, pemandu yang lebih muda berisiko tinggi mengalami kemalangan jalan raya kerana kekurangan pengalaman memandu dan semangat keremajaan. Statistik telah menunjukkan bahawa kemalangan yang paling serius direkodkan melibatkan pemandu di dalam lingkungan usia antara 17 dan 23 tahun. - Pemilik kenderaan warga emas juga mempunyai risiko kerana kelanjutan umur yang menyebabkan tindakbalas/refleks yang perlahan. Mereka juga mempunyai niat untuk memandu terlampau berhati-hati atau dengan kelajuan yang terlalu rendah (akibatnya membawa kepada bahaya di jalan raya). Masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti Demensia, lemah jantung dan penyakit Parkinsons juga boleh menyebabkan kemalangan.
- Jantina pemandu
Terdapat banyak kajian di negara-negara maju yang membuktikan bahawa pemandu wanita adalah lebih cermat daripada pemandu lelaki. Pemandu wanita mempunyai had kesabaran yang lebih tinggi dan kurang berkelakuan melulu apabila memandu, maka mempunyai tabiat memandu lebih selamat. Di UK, pemandu lelaki membayar premium yang lebih tinggi berbanding pemandu wanita untuk polisi insurans motor yang sama. - Rekod tuntutan Pemandu
Pemandu yang sentiasa terlibat/menyebabkan kemalangan dan membuat tuntutan insurans merupakan kes berisiko tinggi dan mungkin perlu membayar premium motor yang lebih tinggi semasa pembaharuan polisi insurans. Gaya dan tabiat memandu yang tidak berwaspada adalah antara sebab-sebab tuntutan kerap dibuat. - Pemasangan sistem/peranti anti-kecurian
Kenderaan yang mempunyai sistem/peranti anti-kecurian yang diiktiraf boleh dianggap sebagai risiko sederhana. Jika peralatan tambahan seperti telematik atau peranti pengesanan GPS dipasang, risiko akan dikurangkan lagi dan pengguna akan dapat menikmati premium motor yang lebih rendah. - Lokasi parkir
Pemandu yang menetap di kawasan yang mempunyai parkir yang dilindungi atau komuniti berpagar mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan yang sunyi. Pemandu yang sentiasa meletakkan kenderaan di lokasi yang selamat seperti pusat membeli-belah dengan pengawalan keselamatan dsb. akan mempunyai profil risiko yang rendah. - Penggunaan kenderaan
Sesebuah kendaraan yang digunakan secara berterusan dengan rekod jarak tempuh perjalanan yang lebih tinggi akan memiliki profil risiko tinggi berbanding kendaraan yang jarang sekali digunakan. Semakin kerap sesebuah kendaraan itu digunakan semakin tinggi kemungkinan terlibat dalam kemalangan. - Model kereta
Model kenderaan tertentu mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana sering menjadi kegemaran atau sasaran sindiket kecurian kenderaan.
Seperti yang dinyatakan di atas, pembolehubah adalah sangat subjektif dan penangung insurans akan membuat penilaian berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam menentukan penetapan harga bagi sesuatu risiko.