Semua penerima BPR 2021 yang layak harus menebus baucar mereka selewat-lewatnya 31 Disember 2021

Kuala Lumpur, Selasa, 16 November 2021– Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) berkuatkuasa 15 November 2021 dan seterusnya.

Di bawah fasa kedua, program PTV menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 4.8 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 daripada kategori bujang dan warga emas melalui subsidi baucar RM50 untuk membeli pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di negara ini yang mengambil bahagian. Penerima kategori bujang dan warga emas boleh menyemak kelayakan mereka untuk baucar PTV RM50 di www.myptv.my.

Selama tujuh minggu semenjak Program PTV mula diperkenalkan, kira-kira 93,000 baucar bernilai lebih RM 4.6 juta telah ditebus oleh penerima BPR di bawah kategori isi rumah.

Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan penerusan Program PTV selama setahun lagi pada tahun 2022 dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM75, dan juga membolehkan penerima BPR untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah.

Program PTV merupakan salah satu inisiatif nasional oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pengendali insurans dan takaful. Fasa pertama program, menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 3.6 juta penerima BPR yang layak di bawah kategori isi rumah.

Perlindungan Tenang merupakan inisiatif sedia ada yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017. Inisiatif ini menyatukan industri insurans dan takaful untuk membangunkan produk perlindungan insurans dan takaful yang mengambil kira keperluan khusus golongan masyarakat yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan, iaitu populasi berpendapatan rendah. Inisiatif Perlindungan Tenang mematuhi kriteria iaitu mudah diakses oleh khalayak sasaran, memberikan nilai perlindungan yang baik, mudah difahami serta mudah untuk dibeli dan membuat tuntutan.

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Elmie Aman Najas berkata, “Produk Perlindungan Tenang ini menawarkan plan perlindungan asas terhadap risiko utama kehidupan seperti kematian atau kejadian yang tidak diingini. Melalui Program PTV, penerima BPR yang layak kini boleh melindungi diri sendiri serta keluarga mereka terhadap risiko utama kehidupan dengan bayaran premium atau sumbangan yang bernilai hanya beberapa Ringgit sebulan. Penerima BPR yang layak sangat digalakkan untuk mengambil peluang menggunakan baucar mereka supaya dapat mempertingkatkan perlindungan sosial keluarga.”

Sehubungan itu, Antony Lee, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), berpendapat bahawa inisiatif Kerajaan menambah subsidi Program PTV ini akan dapat mempertingkatkan daya tahan kewangan rakyat seterusnya membolehkan lebih ramai penerima BPR memperolehi perlindungan insurans kritikal, terutamanya ketika berhadapan cabaran kekangan kewangan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk terus mempromosikan perlindungan sosial di kalangan rakyat, terutamanya penerima BPR.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Loh Guat Lan berkata industri sangat mengalu-alukan penerimaan positif yang ditunjukkan dan berharap penerima BPR akan terus mengambil peluang untuk menebus baucar PTV 2021 sebelum 31 Disember 2021. Program PTV ini merupakan peluang terbaik untuk penerima BPR memperkenalkan konsep perancangan kewangan kepada ahli keluarga dan orang tersayang.

“Industri akan terus mempromosikan kepentingan perlindungan kewangan dalam kalangan masyarakat dengan terus mendampingi pengguna melalui program-program pendidikan pengguna sebagai salah satu usaha kami untuk mempertingkatkan literasi kewangan dan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia,” tambah Loh.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang disediakan, atau hubungi Pusat Panggilan PTV di talian 03 7723 9333 daripada jam 8.00 am to 6.00 pm, Isnin hingga Jumaat.

# TAMAT #
Dikeluarkan oleh: LIAM, MTA dan PIAM

Media Contact:

LIAM:
Puan Norizan Hassan
Head of Corporate Communications
Life Insurance Association of Malaysia
Level 6, AICB Building
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26919168, 03-26916628, 03-26918068
Email: liaminfo@liam.org.my

MTA:
Puan Siti Nor Kamariah Ishak
Head, Corporate Communications
21st Floor, Main Block
Menara Takaful Malaysia
Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2031 8160
Fax: +603-2031 8170
Email: mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my

PIAM:
Sofea Hasbullah
Executive, Corporate Communications
Persatuan Insurans Am Malaysia
3rd Floor, Wisma PIAM,
150, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: +603-2274 7399 extn 34
Fax: +603-2274 5910
E-mail: corpcomms@piam.org.my

ABOUT LIFE INSURANCE ASSOCIATION OF MALAYSIA (LIAM)
Formed in 1974, the Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) is a trade association registered  under the Societies Act 1966. LIAM has a total of 16 members, of which 14 are life insurance companies and 2 life reinsurance companies. LIAM’s objectives are to promote a progressive life insurance industry; to enhance public understanding and appreciation for life insurance; to upgrade the image and professionalism of the life insurance industry and to support the regulatory authorities in developing a strong industry. More information on LIAM can be obtained from its website: www.liam.org.my

ABOUT MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION (MTA)
Malaysian Takaful Association (MTA) was established on November 2002 under the Societies Act 1966. It is a trade association representing all 18 licensed Takaful and Retakaful operators in the country. The objectives and the powers of MTA are to promote the interests of its members and to inculcate the implementation of self-regulation within the Takaful industry. More information on MTA can be obtained from its website: www.malaysiantakaful.com.my

ABOUT PERSATUAN INSURANS AM MALAYSIA (PIAM)

PIAM is the national trade association of all licensed direct and reinsurance companies for general insurance in Malaysia. Currently, PIAM has 25 member companies. More information on PIAM can be obtained from its website: www.piam.org.my